Saturday 3 December 2011

WARKAH DARI SABAH - SURAT TIDAK RASMI

UNIKNYA TARIAN DARBUS

                                                                                                                                  Kampung Suak Petai,
                                                                                                                                  33800 Manong,
                                                                                                                                   Kuala Kangsar,
                                                                                                                                   Perak.

                                                                                                                                         14 Ogos 2011

     Menemui Saudara Wahid yang berada di Kota Kinabalu, Sabah. Saya sekeluarga sihat sejahtera. Apa khabar saudara sekeluarga? Kiriman surat saudara tentang tarian suku kaum di Sabah amat menarik perhatian saya .

Saudara,
     Saya pula ingin berkongsi maklumat dengan saudara tentang tarian tradisional yang begitu sinonom dengan negeri Perak. Pernahkah saudara mendengar tentang tarian dabus? Tarian ini masih bertahan sejak diperkenalkan di negeri tersebut 300 tahun yang lalu. Tarian ini asalnya dari bumi Arab, iaitu pada zaman Khalifah Zainal Abidin.
     Untuk pengetahuan saudara, dabus pada asalnya bukanlah sebuah tarian. Dabus ialah sejenis seni pertahanan diri. Tarian ini dicipta untuk menakut-nakutkan pihak musuh. Oleh sebab itu, konsep tarian dabus ialah kepahlawanan yang memerlukan kecergasan, ketangkasan dan keperwiraan penari ketika mempersembahkannya. 
     Setiap penari atau pemain dabus mesti menggunakan sejenis besi tajam yang dipanggil anak dabus. Anak dabus ialah identiti tarian ini. Penari turut menggunakan peralatan lain seperti keris, pisau, kapak, batu giling dan tali. Tarian ini merupakan gabungan tiga jenis tradisi iaitu nyanyian, tarian dan kebolehan penari menggunakan senjata tajam. Itulah antara keunikan tarian ini, Wahid.
     Sesebuah kumpulan darbus lazimnya dianggotai sekurang-kurangnya 22 orang termasuk penari dan pemuzik. Kumpulan itu diketuai oleh khalifah. Beliaulah yang memastikan keselamatan ahli kumpulan dan memastikan mereka mematuhi pantang larang semasa membuat persembahan. Tarian dabus diiringi lagu yang dipetik daripada kitab berzanji dan marhaban. Para penari akan keluar dan menghormati penonton sebelum memulakan tarian. Gerak tarian mereka pula ada tiga jenis iaitu susun sireh, ayam tajak dan helang sewah .
     Masih banyak lagi maklumat tentang tarian dabus yang mahu saya kongsikan dengan saudara. Jika ada kesempatan saya akan menceritakan pantang larang dan gerak langkah tarian ini pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
                                                                                                  Azmil

A. Jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1. Mengapakah tarian dabus begitu sinonim dengan negeri Perak?
2. Apakah tujuan tarian dabus dicipta?
3. Berdasarkan petikan, identiti tarian dabus ialah ...
4. Nyatakan ciri-ciri tarian dabus?
5. Rangkai kata pantang larang dalam petikan tersebut bermaksud ....

KEMAHIRAN BERBAHASA KBSR

Lengkapkan kesimpulan petikan tersebut dengan frasa yang sesuai. Kemudian bentangkan didalam kelas.

mematuhi pantang larang         . berzanji dan marhaban          . kesenian tradisi
Khalifah Zainal Abidin             . seni pertahan diri                  . identiti tarian

    Kesimpulannya, tarian dabus yang sinonom dengan negeri Perak dicipta pada zaman pemerintahan
(1)  _________________ . Dabus berkonsepkan kepahlawanan kerana tarian ini dicipta sebagai suatu 
(2)  _________________ . Kumpulan dabus dianggotai sekurang-kurangnya 22 orang dan dianggotai oleh khalifah. Tugas khalifah adalah untuk memastikan ahli kumpulan (3) ________________ semasa membuat persembahan. Tarian dabus diiringi lagu yang dipetik daripada kitab (4) _______________ . Gerak tarian dabus pula ada tiga jenis iaitu susun sireh, ayam tajak dan helang sewah. Anak dabus yang digunakan semasa persembahan merupakan (5) _______________ ini . Tarian ini merupakan gabungan tiga jenis 
(6) _______________ , iaitu nyanyian, tarian dan kebolehan penari menggunakan senjata tajam. 

Wednesday 12 October 2011

Budaya Negara - Warkah dari Sabah


http://youtu.be/mXlC4Hw0i2Q

i)   Siapakah nama penyanyi terkenal ini ?
ii)  Penyanyi tersebut berasal dari negeri mana ?
iii)  Apakah mesej yang ingin disampaikan melalui lagu yang disampaikan ?
iv) Apakah nama lain bagi negeri Sabah ?

Mari kita melancong ke negeri dibawah bayu ...
Aktiviti kumpulan
Arahan : Bina empat ayat yang lengkap bagi setiap gambar .

Kumpulan 1
i) Berlepas dari KLIA
Kumpulan 2
ii) Gunung Kinabalu
Kumpulan 3
iii) Pasar Tamu Kota Kinabalu
Kumpulan 4
iv)Barang perhiasan mutiara
Kumpulan 5
v)Rumah air
Kumpulan 6
vi)Pantai Sapi
Kumpulan 7
vii)Suku kaum Sabah

Soalan penulisan :

Tuliskan sepucuk surat tidak rasmi kepada sepupu kamu yang berada di Johor . Ceritakan tentang pengalaman kamu melancong ke Sabah pada cuti sekolah yang lalu .